Saya, Gastric dan Eat Clean.


Hi Assalammualaikum semua..
Selamat datang dlm dunia saya 😍

Fuhh!! 1st time guna blog ni utk share cerita kehidupan saya 😁
Alaa, apa org panggil tu, newbie. Haa, saya ni newbie la dlm dunia blogger ni.
But it's ok, benda baru biasalah kan..

So jom kita start 😍
Sebelum tu saya nk perkenalkan diri saya.
Haha buat biodata kejap.

Nama sebenar Azwatini Binti Jamaluddin
Nama panggilan 'Teeni'
Berusia 34 tahun
Berkahwin dan ada 3 cahayamata
Seorang suri rumah a.k.a business women..
Haaa, mesti nak tahukan kita buat business apa? 😜
Nanti kita cerita lebih lanjut..
Ada adik beradik 6 orang, saya anak nombor 5.

Tujuan saya buat blog ni ialah saya nak share tentang Weight Loss Journey saya.
Nak share apa itu EAT CLEAN yang sebenar.
Sebab, ramai orang salah anggap tentang diet ni.
So, saya rasa bertanggungjawab utk kongsi cerita saya 'macam mana saya boleh KURUS hanya dengan EAT CLEAN' 💪😉

Kisah saya bermula pada tahun 2017.
Bilamana saya diserang dengan GASTRIC buat pertama kalinya.
Ya Allah, serius ingat nyawa dah tak panjang 😥
Bayangkan tengah tidur, pukul 5 pagi..
Tiba2 sesak nafas 😩😩😩
Masa ni keadaan agak cemas, kejut husband dlm nada suara yg kejap ada kejap hilang.
Badan tak boleh berdiri tegak
Nafas seakan di block. Dada sempit sgt2.
Cepat2 husband tolong sapu minyak di bahagian dada sambil saya membongkokkan badan.
Esoknya barulah pergi klinik.
Di situlah Doctor dapat detect yg saya ni memang diserang oleh GASTRIC.
Dapatlah injection 💉

Tak habis disitu,
GASTRIC datang lagi..
Sepanjang tahun 2017, entah berapa kali gastric menyerang.
Yg pastinya sakittttttt 😩😭
Sampai satu hari Doctor nasihatkan saya supaya UBAH CARA PEMAKANAN.

So, bermulalah episode baru dalam hidup saya.
Start pada hari tu, saya NEKAD UNTUK BERUBAH.
Niat saya nak SIHAT.
Tak sanggup nak tanggung sakit kerana GASTRIC lagi.

Current weight 53 kg. 

So, this is NEW me ☺️
Nak tahu macam mana saya boleh KURUS?
Nantikan part 2 ok 😉

Bye...

Comments

Popular posts from this blog

Saya, Gastric dan Eat Clean - part 2.